DAIRI SEORANG ISTERI YANG SETIA

*Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya”
keluh* *Nisa pada suaminya Zakri.*

*”Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang
tak* *elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la
tu”* *rungut Zakri pd Nisa.*

*Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam
bilik* *bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri
berkata* *begitu.*
*Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang*
*memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari*
*(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut*
*kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata
meleleh* *panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri
tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran …”Come on Nisa u can do
it…once* *more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa
bertenaga dan* *sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar…”Good mummy”
kata Doktor* *Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.*

*Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan*
*keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and
girl,* *putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah
Zakri,it’s a* *twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.
Zakri hanya mendiamkan*
*diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan
kelahiran* *anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur
Dania.Nisa* *berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri
padanya* *sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu
kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada
emak, Nisa akan dimarahi* *semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.
Danial dan Dania
diletakkan* *di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat
kemudian dapatlah* *Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar
Nisa. * *Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik
semasa
Nisa*
*mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang *
*tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak*
*masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua *
*itu* *tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.*
*Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung *
*anak* *dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa *
*mengandung.Zakri* *ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin* *dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas* *berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. *

*Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila*
*mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga
Nisa* *dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan* *yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.* *”Kenapa abang
berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka* *berjenaka, ni tak
asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal
Nisa* *pada Zakri .* *”Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak”
Zakri menempelak Nisa* *”Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu”
sergah Zakri lagi. “Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg
bukan-bukan, Nisakan* *isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan
orang lain pulak* *Bang”? terang Nisa pada Zakri. “ALLAH dah bagi kita
rezeki awal,tak baik* *cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH”
Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri
meleraikan pelukan Nisa dengan kasar* *sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak* *tahu sahaja.* *Deraian airmata
Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada* .*Nisa sakit
menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. “Woi, benda-benda tu
bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri,* *suami sendiri, bapak
ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau* *apatah lagi macam kau
nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu*
*opis* *ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu”marah Zakri. *
*”Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh …..heee *
*teruk.* *Nasib aku la dapat bini cam engkau ni”kutuk Zakri lagi pada Nisa.
* *”Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan *
*perempuan* *tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan
jenis macam* *tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
“Walaupun saya tak tau asal* *usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan
berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging
saya sendiri” kata Nisa* *pada Zakri.* *”Tapi Abang tak boleh hina keluarga
kandung saya walaupun saya tak pernah * *tengok muka ayah dan mak kandung
saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap* *Nisa sambil menangis.* *Semenjak
kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya * *apabila
habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. *
*Zakri*
*bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut *
*shif.Kalau*
*Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30*
*malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu *
*perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan*
*mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian*
*kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.* *Dengan keadaan perut
semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi *
*kadangkala*
*Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.*
*Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa..* *Kalau
diminta jemput…macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,* *perempuan
tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. *
*Pernah*
*suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit*
*pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan*
*cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak *
*layak*
*jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.*
*Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi*
*pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka*
*tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah*
*melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa *
*masih*
*mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.* *Satu hari Zakri dalam keadaan
marah telah menarik rambut Nisa dan* *menghantukkan kepala Nisa ke
dinding…Nisa hanya mampu menangis dan * *menanggung kesakitan gara-gara
Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang* *ingin mengahwinkan anaknya di
Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu
pergi*
*ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar*
*bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan
jauh*
*ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.*
*Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita *
*kahwin*
*mereka bekerja keras **kan** “kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu
sedang*
*berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut*
*plak hujan nanti”desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya *
*bengis*
*memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku *
*lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker”marah Zakri.* *”Itu
Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, *
*Nisa*
*cuma nak ingatkan Abang saja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada *
*Nisa*
*dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. *
*Nisa*
*tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa
kebas*
*kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.”YA ALLAH *
*kau*
*kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya *
*YA*
*ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding *
*dan menangis.* *Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak
pecah. Kebas* *masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. ..”Bang, Nisa minta
maaf jika Nisa * *membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil
teresak-esak.* *Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa
plak nie sebok* *je….”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan
kawan-kawan di
salah*
*sebuah caf???. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa *
*punya*
*laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.* *”Alah, dia sihat je kat
wad tu, makan tanggung berak cangkung,* *ha,ha,ha”gelak Zakri dan
kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.* *”Senangnya hidup Zakri nie tak
ader risau langsung pasal bini dia”cetus *
*hati*
*Azlan. “Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah*
*dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk *
*semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,
**cuba*
*fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.* *”Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah
bersalin, selamat dah, sekarang tengah * *berehat laaa, apa aku nak risau
lagi” jawab Zakri selamba.* *”Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa
nanti kau jangan menyesal *
*Zakri,*
*sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi.* *Treet, Treet, Treet…..bunyi
handphone Zakri. “Hello Zakri speaking”
jawab*
*Zakri.*
*”Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa,
datang*
*segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri…….. .”panggilan *
*kecemasan dari Doktor Johari* *”Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I
datang”…tuttttttt . Zakri *
*menamatkan*
*perbualannya dengan Doktor Johari.*
*”Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan..* *”Hah,
tadi kau kata bini kau sihat”tanya Lan pada Zakri. * *”Alah jom ler cepat”
desak Zakri.* *”Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami
pendarahan otak * *yang * *serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh
atau…terhantuk kuat cause* *sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan
ada tanda lebam. Mungkin *
*kesan*
*dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.*
*Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah
* *menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding *
*sekuatnya… dan* *selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa
ke Klinik untuk * *membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu
Nisa sering sakit* *kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah
mengendahkan kesakitan* *Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat
sakit untuk minta* *simpati…tetapi sebaliknya.. …Zakri hanya diam….”YA
ALLAH apa aku
dah*
*buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil…* *”Doktor Zainal yang
merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu* *Nisa memberi susu
pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat *
*katanya*
*so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya *
*dan*
*confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang *
*kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di *
*operation*
*sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan *
*tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m *
*really*
*sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata *
*Doktor*
*Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain*
*lampin baby yang masih baru.* *Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap
lembaran diari Nisa, setiap* *lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan
peristiwa yang berlaku pada Nisa* *pada setiap hari , Zakri membacanya
sepintas dan nyata keluhan,kesakitan* *segala luahan rasa Nisa semuanya
tertera di diarinya. Dan Zakri dapati* *setiap peristiwa itu semuanya
perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…”YA * *ALLAH kenapa aku buat Nisa
begini” terdetik hati Zakri selepas membaca *
*tiap*
*lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran *
*diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat *
*Zakri*
*tertarik untuk membacanya.. .*
*Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang… “SELAMAT HARI ULANG *
*TAHUN*
*PERKAHWINAN YANG PERTAMA”*
*Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada *
*Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga*
*inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar*
*menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.*
*Abang tak pernah tahu **kan** … Itulah salah satu buktinya betapa
sayangnya*
*Nisa..*
*Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti*
*kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila *
*Abang*
*panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu*
*seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang *
*dan*
*tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?*
*Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya *
*Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita*
*yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa *
*tak*
*perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih*
*sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian *
*untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.* *Nisa harap Abang akan
menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan* *sekali-kali sakiti mereka.
Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah *
*hadiah*
*paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.*
*Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah *
*mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan
sesiapa*
*melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang*
*seorang.*
*Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma*
*menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah *

*Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan*
*mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak*
*kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan*
*dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih*
*sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
* *memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama*
*disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya *
*seketika*
*sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.* *Berjanji
pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging* *abang….Ampunkan
Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun* *kita bersama.*
*Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak *
*Nisa*
*supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat
nama*
*emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang *
*terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar*
*kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata*
*orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah*
*Nisa…Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan*
*Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati *
*walaupun*
*Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.*
*Wassalam.*
*Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.* *Doakan Nisa.* *Ikhlas
dari* *Nur Nisa *

*”Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada*
*Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa *
*maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping*
*gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri*
*mengambilnya.*
*Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT *
*NISA*
*DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. *
*SEMOGA*
*KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA*
*HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.* *Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta
penyesalan merangkumi seluruh* *tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal.
Satu demi satu setiap * *perlakuannya * *terhadap isterinya Nisa seperti
terakam dalam kotak otaknya…setiap* *perbuatannya. ..seperti wayang jelas
terpampang.. . kenapalah sampai
begini*
*jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.* *Sewakt
jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak * *terdaya *
*untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.* *Namun
emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di
dalam*
*pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka*
*Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir *
*seakan-akan*
*lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. “Nisa Abang minta ampun dan maaf”*
*bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta *
*penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi*
*ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar*
*seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat
oleh*
*Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh*
*perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.*

*Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada*
*neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya *
*termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi *
*biarlah*
*kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. *
*Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan *
*menangisi*
*pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya *
*Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan*
*kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa *
*yang*
*merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan*
*…YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang *
*mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….akhirnya Zakri*
*terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium*
*tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.* *Zakri
melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa * *Putih *
*bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga*
*dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH *
*,Zakri,Zakri*
*bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat*
*sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat *
*emak*
*dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju
ke*
*arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara *
*automatik*
*kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan *
*menjagamu*
*nak…kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan
kakak*
*ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara *
*Nisa…*

_________________________________________________________
*Hmmm…sedih ke tak? aku dah terasa lain macam jer. Tapi yang pasti email *
*ni*
*aku takkan delete sampai bila bila. Mana la tau boleh dijadikan peringatan
* *suatu hari nanti.*

*PESANAN BUAT SANG SUAMI, SAYANGI DAN HARGAILAH ISTERI SELAGI DIA HIDUP,
JANGAN NANTI SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA……..
*

P/S : copy je dari email khas untuk tatapan semua

Advertisements

[Renungan_Iktibar] Seutas Gelang Zamrud

Ezza menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan
masak
kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu
berada
diPenang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang
rakannya.. malam ini Pezal suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Ezza mengambil cuti kerja setengah hari.. hari ini anak anaknya
Ziana dan Padil siang siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu
buat
persiapan yang sebaik mungkin untuk Pezal.. lelaki yang sudah menjadi
suaminya hampir tujuh tahun itu.. malah tiga hari lagi genaplah tujuh
tahun
usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah.. walaupun perkahwinannya dengan Pezal mendapat tentangan
hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Ezza tidak salah pilih. Ini
semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat
bahawa
Ezza anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Pezal
yang
pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah
menengah.
Ezza faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu
bimbang
Pezal tidak akan dapat membahagiakan Ezza anaknya yang cuma seorang
itu..
dengan gaji Pezal sebagai kerani. Tetapi Ezza sudah nekad. Dia tahu
PezaL
bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang
tinggi.

Buktinya Pezal sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma.
Dan
yang paling penting..Pezal menyintainya sepenuh hati. Perlahan Ezza
mula
memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan
restu
orang tuanya, Ezza diijab kabulkan dengan Pezal dalam majlis yang penuh
ceria.

“Assalamualaikum……” kedengaran suara memberi salam. Ezza tersentak.
“Abang! Walaikumsalam…” senyumnya melebar melihat Pezal
dibelakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah
ciuman singgah di dahi Ezza. “Terperanjat Za!Bila abang masuk? Za tak
dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Za!” Pezal
membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Ezza.
Rasanya
baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Pezal.
Mungkin
Pezal beli “perfume” yang baru dari Penang, fikir Ezza.

“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah
sampai
JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Pezal. “Habis kereta
abang?”. “Pada Mofazha…” jawab Pezal. “Oh patutlah..” Ezza hanya
menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mofazha.. salah seorang rakan kongsi suaminya.
Masa
bertolak kelmarin pun.. Mofazha menumpang kereta Pezal. Sementara Jatt
rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Abdul Samad
rakan
kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jatt tak ikut abang balik ke?.
Selalunya
kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….” tanya
Ezza.
Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jatt, rakan baik suaminya
itu
yang masih membujang. “Nanti dia datang…….” ujar Pezal. “Mana budak
budak Za…?” tanya Pezal. “Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah
tu….main
basikal satu hari.” “Basikal?” tanya Pezal.

“Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..”
jawab
Ezza sambil meletakkan milo ais kegemaran Pezal di depannya. “Abang
laparlah..belum makan. Za masak apa?”. “Ah…. Za masak lauk favourite
abanglah…” senyuman Ezza melerek. “Kari kapitan?” teka Pezal. ” Apa
lagi……” “Bagus jugak tu… Za siapkan makan. Abang nak tengok budak
budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis
dengan
mamanya tak rindu ke?” usik Ezza. “Tersangatlah rindu…..” jawab Pezal
lalu mengucup dahi isterinya lagi. Ezza tersenyum melihat Pezal
berlalu.
Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar.
Beruntung rasanya bersuamikan Pezal yang penyayang.

Pezal terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik
tetapi
pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat
ini
mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel.
Pezal
merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi
mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan
jadi
pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu
Pezal
fikirkan. Dia tahu.. Ezza seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun
rintangan pasti Ezza dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai
seorang
suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah
persoalan yang sedemikian. Ezza masuk ke bilik anak anaknya perlahan
lahan.
Sempat dia melihat Pezal menyeka airmata. Ezza hairan. Tidak pernah
selama
ini dia melihat Pezal menangis selain selepas waktu mereka sudah siap
diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga
kerana berjaya juga menikahi Ezza walaupun mendapat tentangan hebat
dari
ayah Ezza. “Bang… kenapa ni…?” Pezal mengangkat muka memandang
Ezza.

“Za…kalau apa apa jadi pada abang.. Za jagalah anak anak kita baik
baik.
Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya…” ujar Pezal
lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Za dah
siapkan
tue”. Za janji dengan abang dulu….” rayu Pezal. Ezza merenung wajah
suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Pezal hari ini. Tidak pernah
seingatnya Pezal berperangai pelik seperti ini. “Yalah…Za janji..”
akhirnya Ezza bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.
“Za…abang ada belikan Za sesuatu….” ujar Pezal sambil menyeluk
pokek
seluarnya.

“Eh……gelang zamrud….” senyum Ezza tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. “Za ingat tak gelang nie?”. Gembira
benar
hati Pezal melihat keriangan di wajah Ezza. “Ingat!!!!!” Ezza
mengerutkan
dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat
langsung
pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai
mas
di Komtar? Za suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada
duit
nak belikan Za. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan
belikan juga gelang tu untuk Za. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan
Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli…”. Terpegun
Ezza
mendengar cerita Pezal. Sungguh tidak disangka setelah sekian lama..
Pezal
masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah
mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih
sayang
Pezal selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Ezza
memeluk
suaminya.

“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Pezal ke
telinga
Ezza. “I love you too..” balas Ezza. Air jernih mula tergenang di anak
matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.
“Jatt
agaknya tu….” bisik Pezal. “Tak pa. Biar Za yang buka pintu…” Ezza
bangun melepaskan pelukannya. “Za….”Pezal menyambar tangan Ezza. “I
love
you…very very much…..” Pezal mengucup tangan Ezza.. penuh kasih.
“Me
too..” jawab Ezza pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka..
terpacullah wajah Jatt dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jatt. Apa
kena
dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik
Ezza. Jatt hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan
melabuhkan
punggungnya di sofa. “Zaa…can you please sit down..”, pinta Jatt.
Ezza
mengerut dahi. Apa kena dengan si Jatt ni agaknya? detik hatinya.
“Please…I have something very important to tell you…” pinta Jatt
lagi.
Ezza semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta.
Jatt
tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Za…apa pun yang
Jatt
nak sampaikan ni.. Jatt nak Za sabar dan bertawakal. Terimalah dengan
hati
yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jatt. “Apa yang
you
merepek ni Jatt?”. Teka teki terus bermain di benak Ezza.
“Za…….Pezal….Pezal kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za…”
tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jatt. Ezza tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jatt lakonkan nie..mengarut betul? Pezal kan
ada
di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jatt…kalau nak bergurau pun
biarlah bertempat…” balas Ezza. “I’m serious Za…..Jatt yang
saksikan
sendiri.. “Ezza terpegun. Mana mungkin Jatt berkata benar sedangkan
suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak anaknya,
gurauan
apakah ini..gumamnya sendiri… “Jatt…..apa yang Jatt repekkan
ni…Pezal
kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Pezal
dah
balik?” terbeliak mata Jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri
yang
memangku kepala Pezal di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas
yang
terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Pezal dirempuh lori tanah
ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan
setelah jenazah Pezal dibawa ke hospital dengan diikuti Mofazha dan
Abdul
Samad, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Pezal. Dia
mahu
menyampaikan berita buruk ini pada Ezza sendiri. Dia tahu betapa wanita
ini
menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah
menelefon
Mofazha untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Pezal pulang
berjalan dengan lancar. Mana mungkin Pezal pulang ke rumah?

“Jatt…you dengar tak apa Za cakap? Pezal dah balik…” Ezza
mengejutkan
Jatt dari lamunannya. “Za…Jatt tak tahu apa nak kata apa. Tapi
percayalah, Jatt sendiri yang melihat kejadian itu. Pezal meninggal di
pangkuan Jatt… “Bohong…Pezal dah balik…Nanti biar Za panggil
dia….”
Ezza semakin binggung. Apa tujuan Jatt ..bercerita yang bukan bukan
padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Pezal tiada di
situ.
Ah! Tentu Pezal di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil
memanggil nama Pezal. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana
tahu
PezaL mungkin ke sana. Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Ezza terduduk di ruang makan.
Disamping
makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan
kanannya.
Apakah benar yang Jatt sampaikan? Mimpikah dia? Jatt hanya memerhati
gerak
geri Ezza. Pilu hatinya melihat Ezza berlari ke sana sini mencari Pezal
yang dikatakan sudah pulang. “Za…arwahnya mengamanatkan sesuatu…”
Jatt
menghulurkan kotak berwarna merah. Ezza hanya mampu memandang tanpa
suara.
Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang
subang
zamrud. Terlopong mulut Ezza. “Rasanya ada barang yang hilang dari
kotak
tu. Kelmarin masa arwah beli,Jatt pasti benar ada seutas gelang zamrud
bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara
yang keluar dari mulut Jatt. Ezza memandang Jatt. Terkedu. Air jernih
sudah
deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Pezal.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Pezal
membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Pezal menyatakan
kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Ezza. Tapi macam mana
pula
benda itu boleh berada pada tangan Ezza?.

Apakah benar keterangan Ezza bahawa Pezal sendiri yang pulang
menghadiahkan
gelang itu kepada Ezza? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi
Allah
ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Ezza hanya mampu menangis. Dia
memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum
terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya,
terbiar
begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau
benar Pezal sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang
datang
menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?

Sungguh sukar untuk Ezza menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang
rumahnya
di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Ezza masih mengharap akan
kepulangan
Pezal.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk
memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Pezal tiba di rumah.. barulah
Ezza yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal
kini
hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

Kau Tak Pernah Jauh (Sekadar Cerpen Pendek)

**Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**

Dicapainya handphone lalu mendail nombor yang memang disimpan dalam handphone nya itu. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise.” Panggilan ditamatkan serta-merta tanpa menanti bicara yang mengundang kekecewaan yang bertakhta di hati. Hampir menitis keluar airmata membasahi pipinya. Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Alina masih lagi pegun duduk di birai katil. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya.

Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua daripadanya itu sedang sibuk pada masa ini. Hampir seminggu panggilan yang sentiasa bertamu pada waktu lunch tidak lagi menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma mahukan insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.

Mata kecil itu menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlegar di kepala Alina sehinggakan dia tidak menyedari wajahnya menjadi tamu mata kecil itu. Sehinggakan suasana persekitaran tidak diendahkan.

“Abang, kalau orang lain pinang sayang, macam mane?” mata Alina dapat menangkap riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu bertentang dengan matanya.

Amir hanya tersenyum melihat Alina keresahan menanti jawapan. Sengaja dia membiarkan Alina bergelut dengan kebarangkalian jawapan. “Sayang berhak untuk menentukan kebahagiaan sayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan sayang, walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan sayang, abang terima dengan redha.”

Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Amir. Alina kecewa dengan jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Amir terhadapnya? “Kalau sayang kahwin dengan orang lain dan bukan dengan abang?”

“Abang akan doakan sayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat.” Senyuman masih lagi terukir di bibir Amir walaupun matanya menangkap kehampaan pada wajah Alina. “Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa..”

“Seksa?” Alina terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung yang melitupi kepalanya itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Adakah selama ini aku menyeksanya? Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia? Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama lima tahun tidak lagi dihargai.

Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Alina yang sedang keliru “Iyer la.. Seksa menanggung rindu. Biar bakal suami sayang yang ganti abang tanggung seksa tu nanti.” Spontan tangannya mencubit pipi yang selalu menjadi sasaran.

“Sakitlah.” Tangan lembut Alina mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. “Tak sayang pada sayang lagi la tu, sampai nak bagi sayang pada orang lain.”

Amir tersengih, gembira melihat Alina tidak lagi bermuram. “Ok, sorry, tadi abang jawab main-main. Ni abang serius.. Abang sayangkan sayang dan kasih sayang ini tidak akan pudar selamanya. Abang mohon sayang supaya tolak semua pinangan selain abang.”

Terukir senyuman manis di bibir Alina. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan janji itu. “Sayang dah tak perlu tanya pasal tu lagi. Sampai bila-bila pun jawapan tetap sama. Jangan terima pinangan orang lain tau.”

Tiba-tiba, semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam tadi hilang setelah dikejutkan dengan bunyi ketukan dan pintu terkuak. Matanya mengekor gerak langkah mama yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapinya.

“Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu.” Kata-kata itu ditutur dengan berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. “Abah dan mama dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu Alina je yang berikan jawapan lambat sangat.”

Terjegil mata Alina mendengar butir kata itu. “Mama…”

Mama menarik tangan Alina dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan pada jari manis. “Ni cincin bertanya, diorang yang bagi masa merisik.” Manik-manik kecil jernih yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang sedang ditatapnya. Alina memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik yang sudah pun berjuraian kini menghujani bahu mama.

Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Alina. “Mama… Amir…”

“Dengar Alina, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang. Mama tahu berat untuk Alina menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan Alina. Kami takkan salahkan Alina jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti.” Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu.

Alina berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu yang teramat sangat di hatinya membuatkan tangisan itu tidak dapat dihentikan secara tiba-tiba. “Baiklah mama, Alina terima keputusan itu. Tapi, bersyarat…Alina takkan bertemu dengan bakal suami Alina sehingga pada hari perkahwinan.” suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.

Haluan langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Alina, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.

Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta.

Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya dapat dinikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Dikeluarkannya handphone dari saku seluar.

’25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Amir. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi tiga. Handphone itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu tidak dijawab.

Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau handphone berbunyi di atas sedang dia pula tengah sibuk di bawah. Gegaran handphone ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan itu.

“Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan.

“Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.

“Amir, saya ada hal nak bincang dengan awak.” Kata gantinama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya.

Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu bincangkan sayang?”

“Saya nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Saya…saya…tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu.

“What?” Terlongo mendengar kata-kata Alina yang diluar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?”

“Cukuplah sekadar awak tahu saya tak layak untuk awak.”

“Sayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk sayang. Berikan abang masa untuk abang…”

“Stop it Amir! Please don’t call me sayang anymore. I’m unable to be your sayang.” Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Ketegasan di dalam kata-kata itu membuatkan Amir hilang akal untuk memujuk.

Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu marah dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudah pun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.

Kebaya sutera yang membaluti tubuh kerdil Nadia diperkemaskan lagi. Nadia berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangannya nanti. Alina cukup berhati-hati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalahnya itu tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain.

Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana tidak dilamar oleh teman istimewanya. Kadangkala dia berasa beruntung juga kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.

“Ooo anak dara tak laku…” Sentuhan dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. “Ish, kau ni.. terperanjat aku la. Nak apa?”

“Sape anak dara tak laku tu? Kau ke?” Nadia ketawa kecil.

“Wei, tolong sikit ya.. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku.” Berkelip-kelip mata di sebalik cermin.

“Wah, Tahniah. Amir tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tahun lagi dia nak kawin dengan kau.”

Muka yang indah dihiasi dengan senyuman tadi tiba-tiba berubah. Alina tunduk kemuraman. Nadia terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Amir? Senyuman di bibir Nadia turut surut. “Alina, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Amir lagi.”

Alina menggeleng. Sesuatu yang dirahsiakan kini terluah juga. Hmm..gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku akan bertunang dengan orang lain.”

“Hah, kenapa?”

“Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut je. Maruah keluarga, harus dijaga.”

“Habis Amir macam mane? Dia dah tau ke?”

“Kitorang dah break-off..” Nadia kagum dengan sikap Alina yang tenang itu. Sebegitu tenang dia menangani masalahnya. Kagum melihat Alina berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. “Nadia, tolong aku…”

“Yes. What ever you want, just give an order.”

“Tolong rahsiakan hal ni dari Amir.”

Ketulan batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat persekitaran tasik. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran yang tension dengan kerja yang bertimbun.

“Hai tak puas lagi ke nak cipta tension island tu?” Suara garau menghentikan lakunya. Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu dikenalinya.

“Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak, mau aje aku terjun tasik tadi.” Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya.

Amir mencangkung bersebelahan dengan Hairie. “Angah, aku ada cerita sedih la, nak dengar tak?” Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam perbualan mereka.

“Cerita pasal kau atau orang lain?” Amir langsung tidak marah dengan panggilan kata nama kau dan aku itu. Walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza.

“Pasal aku la..” Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung. Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Amir mula menceritakan segala yang terpikul dibahunya. Sekurang-kurangnya ada seseorang mendengar rintihannya dan akan membantu mencari penyelesaian.

Hairie turut bersimpati setelah mendengar cerita Amir. Mujur dia adalah pendengar yang baik yang akan menilai dan sedia membantu. Amir banyak membantu ketika dia mula membina semangat dulu. Pada ketika dia putus cinta, Amir lah yang memberikan semangat dan nasihat.

Baginya Amir adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Amir tabah dan boleh menerima perpisahan itu. Dia tahu Amir hanya mahukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Alina. Dia mengagumi Amir kerana kesetiaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Walaupun berjauhan, Amir tetap merindui Alina.

“Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa kot..” Terpacul jawapan yang tidak diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara.

“Hish, aku kenal mama dia macam mane. Aku pernah jumpa mama dia. Mama dia baik je dengan aku. Macam dia berkenan je aku jadi menantu dia..” sejak diketemukan oleh Alina, Amir kerap kali menziarahi Puan Zanariah yang dianggapnya seperti ibunya sendiri.

“Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?”

“Yup.”

“Kita tunggu jawapannya selepas ini…hahaha…”

“Hotak kau, aku serius, kau memain yer.” Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu Hairie, hampir terjatuh dibuatnya.

“Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la jumpa dia pastu tanya dia.”

“Jumpa dia?” Hairie mengangguk.

“Tanya dia?” Hairie mengangguk lagi.

“Kau tolong aku..” Hairie melirik mata. Memang dia sudah mengagak yang Amir akan minta pertolongannya.

Titisan air jernih di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan perlahan-lahan turun jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Hairie yang duduk berhampiran dengannya.

Alina mengangkat kening yang seolah-olah bertanya, namun dibalasnya dengan mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Hairie mengangguk tanda akur. Tiba-tiba ketika dia mula mengorak langkah, terdengar salam dari suara yang amat dikenalinya.

“Assalammualaikum.” Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang wajahnya.

“Waalaikumussalam.” Amir duduk kembali di tempatnya setelah Alina duduk berhadapan dengannya. “Alina nak makan apa?”

Alina menggeleng kepalanya. “Takpe, saya dah makan sebelum keluar tadi.”

Senyuman mula mekar di bibir Amir. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir terubat. “Saya datang bukan nak tengok awak senyum. Hairie cakap awak ada hal nak cakap dengan saya. Apa hal?”

Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna biru dipadankan dengan tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan dengan kelakuan gadis di depannya itu. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman.

“Awak, saya tak boleh lama ni, saya datang dengan mama saya nun.” Amir Asyraf turut berpaling ke arah hala kepala Nur Alina berpaling. Di kejauhan, berhampiran dengan pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zanariah kelihatan bersahaja dan melambai ke arah Amir Asyraf.

“Alina, saya cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan kita.”

“Bukankah saya dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Saya tak layak untuk awak dan awak tak layak untuk saya. Itu saja.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hati Amir. Terkedu melihat Alina berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah lama menanti.

Langkah laju Alina bersama Puan Zanariah diekor dengan mata dari jauh. Dia mengharapkan Alina berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar kembali. Harapan tinggal hampa, Alina terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh pendiriannya kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya.

Amir pulang dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu diubati dengan ungkapan ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak ke mana. Perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.

Mungkin bukan jodoh, namun namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa yang diamalkan agar nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat elok-elok untuk memujuk.

Bunyi handphone yang membingitkan itu terhenti apabila Amirah yang berumur tiga tahun lebih mengangkat gagangnya. Amirah dengan percakapan telornya berbicara beberapa ketika dengan pemanggil. “Kak Nana tepon. Owang laki nak akap.” Gagang dihulur kepada Nana.

“Hello.”

“Nana. Aku ni. Kau sihat?”

“Oh, Abang Amir. Sihat. Abang Amir camne?”

“Demam, sakit, semua penyakit dah berjangkit kat aku..”

Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. “Kenapa?”

“Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?”

Serba salah Nana dibuatnya. “Sebenarnya…sebenarnya,dia dah nak kahwin.” Nana teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Amir faham dan berhenti memujuk kakaknya.

Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima. ‘Dah nak kahwin’ Tidak!! Hmm…Semoga kau berbahagia Alina.

Kurang 24 jam lagi dirinya akan menjadi tunang orang. Hatinya resah memikirkan kekasihnya yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan yang disayanginya itu menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Ya Allah, aku insan yang lemah. Aku tak mampu untuk melawan takdirMu. Fikiran Alina melayang-layang dan wajah kekasihnya itu masih terbayang-banyang diingatan. Dicuba berkali-kali untuk melelapkan mata namun, resah di hati menggagalkan dia melelapkan mata.

Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapainya handphone di atas meja solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama kemudian panggilannya dijawab.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?” Suara tenang yang kedengaran seolah tidak mahu diganggu. “Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?”

“Saya cuma tanya satu soalan saja.” Walaupun gugup, namun diatasinya supaya kekuatan hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. “Awak masih sayangkan saya lagi ke?”

“Maaf Cik Nur Alina, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak.” Hampir meraung Alina mendengar jawapan yang diluahkan. Namun, ditabahkan hatinya agar dia tenang menghadapi dugaan itu. “Oo ya, tahniah! Awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan kacau saya lagi, nanti tunang awak marah.”

“Amir, I still loving you and I’ll love you till the end of time.”

Tutur kata yang jujur itu membuatkan Amir terharu, namun kata-kata itu tidak berguna kerana Alina akan bertunang pada hari esok. “Ha elok la tuu, cintakan saya, sayangkan saya, tapi kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan awak hirau pasal saya lagi. Ok?”

Air mata berderai, hanya itulah yang mampu untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara Amir ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada orang yang bukan tunangnya.

Setelah seminggu berlalu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya. Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Apatah lagi dengan memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kelak. Tersenyum sendiri bila menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suaminya.

Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui siapa tunangnya.

Semasa menanti majlis pertunangan, perasaan kalut menguasai jiwa. Masakan tidaknya tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.

Kepalanya seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Perasaannya berdebar-debar turut melanda jiwanya ketika itu. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh wakil perempuan dari pihak lelaki. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Suriani itu disambutnya dengan senyuman yang mengindahkan wajahnya.

Puan Suriani mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan menerima kucupan.

Dingin terasa dahi dan kedua pipi Alina akibat dikucup oleh bakal mertua. “Alina, tahniah. Semoga Alina serasi dan bahagia bersama anak mak.”

Diraba dahinya kedinginan masih lagi terasa. Dia seakan-akan berasa serasi dengan bakal mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia harus memadamkan rasa cintanya terhadap Amir. Dia tidak boleh berbohong pada hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Amir, Alina sayangkan Amir.’

Dia tidak berdaya untuk merubah kata abahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya. Pasti mama dan abah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.

Akan dipastikan harapan mama dan abah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksananya. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Amir..

Keriuhan suara orang bertandang menghingarkan majlis perkahwinan. Alina duduk berteleku di birai katil bersama Nadia yang setia menemani dan mendamaikan gelora hatinya. Sesekala air mata yang mahu menitis dilap dengan tisu yang sentiasa berada di tangannya. Nadia cuba memujuk Alina supaya menghiaskan wajah dengan senyuman.

Di sebalik keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba. Alina cuba sedaya yang boleh untuk memaniskan rupa. Namun disudut hatinya terselit rasa rindu terhadap Amir. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. “Selamat tinggal Amir, akan ku kenang dirimu selamanya.” Tutur yang dibicarakan dalam keadaan berbisik.

Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan. Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. “Mohd Amir Asyraf bin Muhammad.” Tersentak Alina mendengar nama yang disebut oleh jurunikah.

“Saya.” Jawab pengantin lelaki. Nadia yang berada berhampiran dengan Alina turut terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya.

Setelah selesainya akad nikah, Alina dengan sahnya telah menjadi isteri Amir.

Amir melangkah masuk ke dalam bilik untuk menyarung cincin bagi memenuhi adat membatalkan air sembahyang. Wajah putih bersih di hadapannya direnung dalam-dalam. Mencari sejalur keikhlasan. Senyuman yang dihadiahkan dibalas dengan mesra.

Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda hormat dan patuh. “Surprise!”

Luahan kata dari insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan segala kekusutan yang dikepalanya pada waktu dia terkejut tadi. Alina bangun dengan tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. “Abang jahat tau buat sayang camni..”

Amir terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir. “Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita sambung lagi, malula orang tengok ni.”

Berterabur tawa mereka berdua ketika menonton rakaman majlis perkahwinan mereka. Alina berasa bahagia di samping suami yang penyayang dan amat memahaminya. Dia selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya membuatkan dia berasa dirinya dilindungi.

“Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok sayang menangis sambil pegang tisu. Sayang juga sayang pada abang yer.”

“Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan sayang.” Alina menjeling wajah selamba Amir.

“Sebenarnya, abang pun tak tau yang mak datang pinang sayang. Mak rahsiakan aje. Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau.” Senyuman yang terukir menceriakan lagi wajah Amir. “Kira abang pun dah kena tipu dengan mak, mama dan abah.”

Alina tertawa bersama Amir. “Masa abang bagitau sayang yang abang tak sayangkan sayang tu macam nak gugur jantung sayang tau.Sekarang ni abang sayang ke tak?”

“Mestila sayang.. Tambah-tambah dah ade ni…” Amir mengusap lembut perut isterinya. Senyuman bahagia terukir di bibir kedua-dua mereka. Alina turut membelai perut yang semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga bahagia bersama.