Adab-Adab Persahabatan : Bertimbang Rasa Dan Memahami

Sepertimana kita ketahui sifat bertimbang rasa dan saling faham memahami memang tidak dinafikan sebagai sifat yang baik, dalam Islam memang dituntut sifat-sifat terpuji ini. Sebagai seorang muslim, sifat-sifat ini sememangnya dituntut untuk ditunaikan.

Bertimbang rasa terhadap ibu bapa, umpamanya jangan meminta sesuatu yang tidak termampu diadakan oleh orang tua kita. Bertimbang rasa terhadap orang-orang tua, jika anda terjumpa orang tua membawa beban berat tolonglah mereka membawanya. Jika anda di dalam bas, anda dapati seorang tua berdiri tidak mendapat tempat duduk, anda bolehlah memberinya tempat duduk. Anda sebagai seorang remaja atau dewasa tentu masih kuat, anda bolehlah berdiri kerana memberi peluang kepada orang tua itu duduk.

Selain itu, bertimbang rasa terhadap teman juga jika dia inginkan sesuatu dari anda, bantulah seberapa yang boleh, jika dia berhutang daripada anda dan dia belum mampu untuk membayarnya, maka berilah dia tempoh untuk menjelaskannya.

Ingatlah…. Meringankan beban saudara anda bererti anda meringankan beban anda sendiri juga. Saudara seagama itu adalah saudara anda dunia dan juga akhirat.

Oleh itu, janganlah anda bersikap tidak peduli atau bakhil terhadap mereka. Perangai dan sikap ini akan merosakkan hubungan persahabatan anda dengan saudara anda yang seagama. Ingatlah sifat bertimbang rasa itu meringankan beban orang lain, dengan cara ini Allah SWT akan meringankan juga beban anda.

Selain sifat bertimbang rasa, sifat saling faham memahami juga amat penting dalam persahabatan kerana ia adalah sifat terpuji yang harus ada pada setiap muslim.

Jika rakan-rakan anda berada dalam kesusahan atau mempunyai masalah, bantulah mereka dengan ikhlas dan berilah mereka keyakinan yang anda sedia membantunya selagi termampu.

Malah jika rakan anda berada dalam kesempitan, bantulah mereka dan fahamilah masalah mereka. Jangan hendaknya pula anda menekan mereka.

Dengan demikian, lakukan dan amalkanlah adab-adab yang dianjurkan oleh Islam ini dalam persahabatan anda agar setiap persahabatan yang dibina menjadi utuh dan kukuh serta mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Tetapi apa yang menyedihkan kita, ada segelintir manusia hari ini sudah hilang sifat timbang rasa dan saling faham memahami antara satu sama lain. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Sehingga ada anak yang sanggup menyusahkan ibu bapa mereka dengan meminta sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh ibu bapa untuk mengikuti kehendak mereka. Dan ada juga yang menjadikan kanak-kanaksebagai mangsa melepaskan nafsu buas, tanpa berperikemanusiaan kanak-kanak itu dibunuh dengan kejam. Hal ini terjadi kerana sifat bertimbang rasa sudah hilang dalam diri.

Justeru itu, kalam ini mengajak marilah sama-sama kita membina persahabatan dengan bepandukan kepada adab-adab dan akhlak yang telah digariskan dalam Islam. Semoga persahabatan yang dibina itu diredhai dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber Dari Email

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s