MiRC

mIRC Logo Pictures, Images and Photos

Mirc Logo Pictures, Images and Photos

INTERNET RELAY CHAT (IRC)

Tujuan aku mengadakan ruangan ini ialah sebagai memenuhi permintaan beberapa orang kawan yang meminta aku mengajarkan semua commands IRC dan apa jua benda yang aku tahu berkaitan dengan IRC. Oleh itu, aku
berhasrat ruangan yang aku adakan ini dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada korang semua, tanpa menyalahgunakan pengetahuan tersebut. Penerangan menerusi webpage adalah lebih mudah berbanding dengan penerangan dalam IRC. Semua arahan ini aku belajar bermula dari tarikh pertama aku kenal dengan IRC.
PERHATIAN! Semua yang aku letak disini ialah pengetahuan yang aku dapat dengan membaca help file, hompage, bertanya kepada mereka yang lebih tahu, dan berpengalaman berIRC. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat, sila maafkan aku dan inform aku dengan kadar segera supaya ianya dapat diperbetulkan semula.
Selamat belajar.

Al-Kisah IRC

IRC atau Internet Relay Chat dimulakan penggunaannya oleh Jarkko Oikarinen yang bekerja di University of Oulu, Finland pada tahun 1988.Ianya direka sebagai variasi ‘multiuser’ dalam kemudahan ‘chat’ Unix. Program perbualan Unix yang asal hanya membenarkan dua pengguna menaipkan mesej kepada satu sama lain. Versi baru yang dicipta oleh Oikarinen ini membenarkan banyak pengguna memasuki satu pelayan (server) dan berbual sesama mereka. Server yang pertama didirikan di Oulu. Pada penghujung tahun 1988, IRC telah mewujudkan mIRC. Dengan kata lain, ianya ialah sebuah perisian yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey.

Untuk berbual melalui IRC, mIRC ialah salah satu program yang paling elegan dan versatil yang boleh didapati. Ianya mudah digunakan dan disertakan dengan sokongan yang baik. Anda boleh mendapatkannya di tucows.cdc.com.my.
Jika anda belum pernah berbual melalui IRC, luangkan masa untuk membaca fail ‘HELP’ yang didatangkan dalam halaman mIRC dan juga program itu sendiri. Anda juga tidak perlu meletakkan nama sebenar anda dan alamat surat elektronik (email) anda jika anda tidak mahu. Ianya tidak pernah menjadi satu kesalahan!!! Setelah anda bersedia, sambungkan program baru anda ini ke Internet. Pilih server yang anda mahukan dengan menekan File, SetUp, IRC server. Anda akan mendapati terdapat banyak server IRC untuk dipilih. Selalunya, memilih server yang berhampiran dengan anda adalah lebih baik kerana ianya lebih cepat dan kurang masalah untuk memasukinya. Untuk informasi yang lengkap, lawati homepage Undernet di alamat http://www.undernet.org dan homepage Dalnet di alamat http://www.dal.net Mula-mula, anda harus biasakan diri dengan beberapa helah IRC di tempat yang tiada siapa dapat melihat kesilapan yang anda lakukan dan anda tidak akan mengganggu pengguna-pengguna lain. Caranya ; sambungkan ke mana-mana server dan klik pada Commands, Join Channel dan taipkan #(nama anda) ke dalam kotak yang disediakan. Anda akan memasuki satu ruangan dengan nama anda di tepi bahagian kanan , @(nama anda), menunjukkan anda adalah ketua di dalam ruangan itu,atau lebih dikenali sebagai ‘operator’. Dalam ruangan perbualan, anda akan melihat “*** Now talking in #(nama anda)”. Pergi ke ‘HELP’ dan buka pengenalan fail Help mIRC. Di bahagian bawah skrin, anda akan melihat satu garis “words box”. Mulakan latihan anda!!! Jika anda masih baru dalam IRC, agak bagus jika anda berdiam diri seketika, melihat perbualan-perbualan lain sebelum memulakan ‘chat’ anda. Anda juga boleh mendapatkan senarai saluran (channel) lengkap untuk server anda dengan menekan pada tulisan yang kelima dari kiri dan pilih Get List. Baca senarai yang diberikan dan klik untuk memasukinya. Selamat ber ‘chatting’!!!

Fakta IRC

Apa itu IRC?

Internet Relay Chat merupakan satu rangkaian internet yang membolehkan real time conference iaitu perhubungan melalui internet seolah-olah dalam dunia sebenar. Anda boleh berkomunikasi dengan masyarakat didalam IRC (ada yang hidup dalam IRC) dengan menggunakan IRC Client.Seperti
mIRC , pirch , virc , telnet , ircll dan lain lain

Bagaimana sesuatu rangkaian IRC dibuat?

Tuan punya sesuatu rangkaian IRC akan menyediakan program yang membolehkan anda berada di dalam rangkaian tersebut, dan program ini dipanggil server. Sebuah rangkaian IRC yang bagus akan
mempunyai banyak server, dan ramai nerd (IRCop dan IRCAdmin) yang menjadi penunggu setia.

IRCAdmin dan IRCop tu apa?

IRCAdmin ialah orang yang bertanggungjawab ke atas setiap server,biasanya seorang IRCAdmin untuk setiap server. IRCop (IRCOperator, bukannya IRC COP) ialah mereka yang dilantik oleh
IRCAdmin untuk mengendalikan rangkaian IRC. IRCop mempunyai beberapa kuasa seperti men’disconnectkan’, kill, reharsh, dan k-lined anda.

Netsplit tu apa?

Perkara pertama yang perlu anda faham ialah tidak semua chatters menggunakan server yang sama. Ada masanya sesuatu server itu terputus connection drp sesuatu rangkaian IRC. Jadi, semua users yang menggunakan server tersebut akan dilihat sebagai ‘meninggalkan IRC’, walhal pada mata mereka juga, anda dilihat sebagai telah ‘meninggalkan IRC’. Jadi janganlah gaduh² menyalahkan sesiapa yang netsplit. (apasallah korang nie selalu bising pasal sapa kena netsplit? tu salah serverlah!)

Apakah IRC ialah tempat yang selamat drp penjahat?

Jawapannya ialah YA dan TIDAK. Ya sekiranya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri, dan TIDAK sekiranya anda tidak tahu commands tertentu, tidak mahu bertanya, takut belajar, ataupun hanya mahu tenet semata².

Apa makna +nickname?

Oh..tu maknyanya nickname telah diberi ‘voice’ ( /mode #channel +v nickname ). +voice hanya berfungsi apabila channel disetkan kepada ‘moderate’, iaitu hanya op dan orang yang disetkan +v sahaja boleh taip message kedalam channel. Maknanya orang yang takde +v
mode takleh taip apa2 pun. Kalau taip pun, orang lain tak nampak.

Apakah kelebihan IRC berbanding dengan lain-lain chatting

Aku berpendapat IRC merupakan chatting programme yang terbaik kerana:
– anda boleh menggunakan apa jua nickname yg anda mahu,
– mendaftar seberapa banyak channel yang anda mahu
– anda boleh masuk seberapa banyak channel yang anda mahu,
– boleh chat private (tenet) dengan seberapa banyak nickname yang anda mahu
– boleh menghantar dan menerima fail seberapa banyak yang anda mahu, dan terdapat beberapa Channel yang menawarkan fail, contohnya #mp3 dan #midi
– kelebihan option DCC yang tidak bergantung kepada server

1 Comment

  1. huhuhu…n lg 1…mcm ne nk wat sc..ajarla….huhuhuhu…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s