Pengumuman :: Blog Bertukar Hosting

Salam semua…

saya ingin mengumumkan bahawa blog ni dah bertukar hosting,jadi kepada rakan-rakan yang selalu melawat blog ni sila klik di :-

wazy84[dot]com

Merajuk

Kenapa merajuk?
Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?
Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk
Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan.

Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?
Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah.

Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?
Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.

Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.

Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula

Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt

Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan “Batal”
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan “Batal” sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan “Salah”
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan “Salah” sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

Video 1001 Wishes

Saya terjumpa video ni di blog rakan iaitu eins

Best juga video ni..kepada rakan-rakan yang nak share2 tu sila la copy yer

Test Guna Hosting Percuma

Assalamualaikum semua….

Hari ini saya telah mencuba untuk mengunakan hosting percuma..Alhamdulillah berjaya juga setup,thakns kepada encik kapubaten yang banyak memberi tunjuk ajar..jasamu tetap di kenang

Blog tersebut boleh di lihat di sini

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum….

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru di Malaysia.Teruskan Pengorbananmu di dalam mendidik anak-anak bangsa

Selamat Hari Ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum….

Pada hari ini, 10 Mei 2009 adalah sambutan Hari Ibu,di kesempatan ini,saya
ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak saya dan anak mak ni harap mak sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan gembira disamping suami tersayang..:)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum….

Hari ni Rabu bersamaan 11 jamadilawal..aku kerja macam biasa la sambil-sambil wat rujukan tentang bidang sains komputer..Di kesempatan ini.aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi bersama aku ketika susah dan senang.Jika ada masa terluang,aku akan masukkan artikel yang menarik di dalam blog ni yer

Rahsia Di Sebalik Nombor Rumah Anda

Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yang anda duduki sekarang ? Apa nombornya ? Apa yang membuat anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut ? Ikuti rahsia disebalik nombor rumah anda.Jom kita kira apakah nombor yang mewakili rahsia disebalik nombor rumah anda.

Kiraan:
Nombor 17 = 1+7=8
Jadi angka rumah anda ialah 8.Baca keterangan 8 kat bawah….

Nombor 156
= 1+5+6=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah anda ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.Cubalah… .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’ dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.

Khas Untuk Kawan Yang Bernama Kawan…

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.

KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.

BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.

JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA.

TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGN
KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP.

SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.

SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.

SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.

SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.

SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.

SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.

TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.

IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.

DAN DIA PUN MENANGIS.

DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.

KAMU SUDAH TERLAMBAT.

KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN
SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.

DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.

SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKAN
TERJADI ESOK HARI.

KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS
TERAKHIR,TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU
BENAR2
MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.

KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ.

TAPI
JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN
PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI
SURAT INI.

Chatting

Assalamualaikum…

Saya menjemput kepada rakan-rakan yang minat berchatting ,boleh la klik di link kat bawah Live Traffic(Linux@Mychatz Chatting Room) tu ,jumpa di sana ok :)

Sesi Update Blog

Assalamualaikum…..

hua hua hua ..malam ni sempat jugak aku update blog ni…jadi la setakat massukkan lirik-lirik lagu kegemaran ….sambil-sambil keje ..huhuhu..cuaca hari ni ..hujan lak dr petang sampai ke maghrib…terpaksa la stay kat cc,janji income masuk ..hahahaha..Insya Allah ade rezeki naik la gaji aku ni :) .Ok la nanti kalau ade masa aku update lg blog ni yer..thanks kepada semua yang sudi melawat blog yang tak seberapa ni .

BBQ@PD

Assalamualaikum…

Pada 14/3/2009 (Sabtu) saya berpeluang join bbq di Port Dickson,Negeri Sembilan bersama rakan-rakan dari Mychatz Inc Network,walaupun x ramai yang join..huhu tapi seronok jugakla,jutaan terima kasih saya ucapkan kepada shah (selaku tuan rumah),man dan emy kerana bersusah-payah menjayakan program yang tak seberapa ni.

Kat Bawah ni saya sertakan gambar-gambar candid khas untuk tatapan semua :-

Photobucket

nyalakan api la

Photobucket

nyum-nyum

Photobucket

otw nk masak ni hehehe

Photobucket

best-best

Photobucket

bakal chef hotel 5 bintang

Photobucket

emy dok sibuk nak wat air

Photobucket

aku tolong sekali la wat air

Photobucket

Apa la yang emy tenungkan tu ek

Photobucket

huhuhu serius je muka masta kite ni

Photobucket

ahak sape la tu

Photobucket

ehem2

Photobucket

tekun je masta kita ni

Photobucket

lepas mandi..apa lagi..makan time

Photobucket

haa..kan sopan skit makan duduk tu

Photobucket

candid lagi

Photobucket

hehehe

Photobucket

cewahh nak manje2 la tu hahaha

Photobucket

alamak hangus dah ke

Photobucket

bergambar kenangan time nak balik

Photobucket

4 jejaka ensem katenyer la

Mengenali Jenis-Jenis Bos

Bagi menangani bos, kita perlu terlebih dahulu mengenali jenis-jenis bos yang ada di sekeliling kita. Dengan mengenal jenis dan perlakuan seseorang bos, kita akan dapat menyesuaikan diri kita bagi bekerja dengannya. Mungkin pendedahan beberapa orang penulis berkenaan dengan bos yang tidak baik dapat membantu kita lebih mengenali mereka yang bergelar bos. Menurut mereka, bos atau pengurus secara umumnya terdiri daripada:

BOS YANG LEMAH
Bos seperti ini hakikatnya tidak berminat sama sekali menjadi bos. Kelakuannya beragam-ragam. Dia mahu di-sukai oleh orang lain dan bencikan konflik serta risiko. Dia amat lemah dalam kemahiran mengurus, tetapi tidak bersedia mempelajarinya. Berdepan dengan bos sebegini memerlukan kita mengenal pasti masalah-masalah yang ada dan menghindarkan diri daripada memperkatakan apa yang menjadi kebenciannya. Jika dia tidak mahu mengambil peranan kepimpinan, berhubunglah dengan bos kepada bos itu. Ambil inisiatif bagi melaksanakan kerja-kerja yang perlu, tetapi jangan lupa memaklumkannya perkembangan yang berlaku dalam organisasi. Jadikan hidupnya menyenangkan. Dia tetap perlu dimaklumkan dengan isu-isu kritikal sahaja supaya tindakan anda mendapat sokongannya apabila timbul apa-apa pertelingkahan di kemudian hari.

BOS YANG SUKA BERPOLITIK
Bos sebegini selalunya mempunyai agenda tertentu dan hanya merujuk kepada anda sekiranya anda mampu me-nyempurnakan agendanya. Dia juga tidak teragak-agak mengorbankan anda sebagai ‘kambing hitamnya’ apabila matlamatnya terjejas. Kepada bos sebegini, penuhilah impiannya dengan menjadikan mereka kelihatan hebat dengan kejayaan projek-projek yang strategik. Anda pula, hanya perlu memfokuskan kepada kerja-kerja yang mempunyai nilai yang tinggi sahaja, tetapi kurang glamor. Anda juga perlu ingat bos sebegini pasti bertindak balas hatta sanggup menghapuskan anda jika kedudukan dan agendanya diancam. Jika perlu, maklumkan ke pengetahuan pihak atasan peranan penting bos sebegini kepada kejayaan sesebuah projek supaya dia merasa bangga dengan tindakan kita mengharumkan namanya. Anda tidak rugi berbuat demikian kerana masa anda naik pasti tiba juga apabila bos sebegini naik kerana kejayaannya bergantung pada anda.

BOS HITAM PUTIH
Bos dalam kategori ini berada dalam kekeliruan dan sukar memahami sesuatu. Dia tidak memahami konteks sesuatu perkara dan idea-idea yang sukar. Jika demikian keadaannya, layanilah bos sebegini seperti mana kita melayani anak-anak kecil. Berikan dia maklumat-maklumat yang mudah berserta sokongan data-data yang meyakinkan. Jangan cuba memaksanya memahami perkara-perkara yang sukar dan memeningkan kepalanya sahaja.

BOS YANG GHAIRAH PADA PERKARA-PERKARA KECIL
Biar betapa kerap dan baik pun anda melakukan sesuatu, bos sebegini sentiasa mencari kesalahan anda. Anda tentu merasa sangat kecewa dan hilang upaya berdepan dengan bos sebegini. Mengapa dia begitu tidak mempercayai anda? Ini mungkin disebabkan dia tidak sanggup menerima kegagalan. Bagi bos sebegini, berilah maklumat yang lengkap dan yakinkan dirinya yang anda mengambil langkah-langkah yang berhati-hati ketika melaksanakan kerja-kerja anda.

Bos sebegini sangat cerewet. Serba-serbi hendak di-ambil tahu sehingga anda seringkali merasa rimas dan tidak ketentuan. Anda perlu bersabar dan memberikan maklumat sebagaimana yang diperlukannya.

BOS YANG HALIMUNAN
Anda tentu menjadi tidak tentu hala kerana bos ini tidak memandu anda dalam melaksanakan sesuatu kerja. Wujud ataupun tidak wujudnya bos ini tidak membantu anda kerana dia adalah halimunan. Halimunan mungkin kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan lain, tidak mahu mengambil tahu ataupun tidak mahir dalam sesuatu perkara dan hanya membiarkan anda sahaja bergelut dengannya.

Bagi bos ini, anda perlulah menggunakan kemahiran komunikasi anda dengan memberikannya maklumat yang lengkap, ringkas dan mudah sahaja. Mudahkan dia supaya dapat memberikan keputusan yang anda mahukan. Tunjukkan kepadanya arah tuju, perancangan dan matlamat kerja anda. Ikatlah dirinya dengan komitmen secara berkala.

BOS YANG HANYA MEMENTINGKAN KERJA SAHAJA
Bos ini memerah keringat dan idea anda semaksima mungkin sehingga anda mungkin terpaksa melupakan dunia sebenar anda di luar pejabat. Anda mungkin tidak dapat bertahan lama dengan bos sebegini. Cubalah cari peluang menerangkan kepadanya bahawa anda memerlukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.

BOS YANG TERUK
Dia sangat tidak beradab dan merasa seronok melihat anda gagal. Dia menunjukkan sikap buruknya terhadap anda sehingga anda merasa bosan dengannya.

Howard Eisner (2001) menerusi artikelnya bertajuk “Bad Bosses: How to Cope if You Get Stuck With One” di dalam Majalah Tech Manager menyenaraikan 6 jenis bos yang teruk, iaitu:
-Bos yang tidak mendengar dengan baik.
-Bos yang bersifat autokratik.
-Bos yang enggan membuat sebarang keputusan.
-Bos yang cenderung mengambil kisah dan men-campuri perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh.
-Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja.
-Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai.

Walau bagaimanapun rupa dan perangai bos, anda sebenarnya mempunyai dua pilihan. Sama ada anda berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkan anda pula bergelar bos ataupun anda mengangkat kaki meninggalkan organisasi itu. Pilihan di tangan anda. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalah sama beratnya kepada sesebuah organisasi mencari pekerja yang terbaik. Peranan anda adalah bekerja dengan baik, cekap, mencapai matlamat anda serta memajukan diri anda. Jika bos anda gagal membantu anda mencapai hasrat itu, apalah gunanya lagi anda terus berhempas pulas bersama-sama organisasi sebegini.

Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika anda mempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pasti berjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkan umur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.

Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, meniti tangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terus sahaja menjadi bos, biarpun umur dan pengalaman baru setahun jagung. Ada juga yang menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi cara seseorang itu mendapat gelaran bos.

tapi…kita kna ingt…mungkin satu hari nnti…kita akn jadi bos…tp nak tanya la jugak kat pentadbir2 sekolah…pentadbir pejabat….renungi diri..jenis yg mana????

Hidup ni hanya sekali…tak ada gunanya kita sombong dan ego dgn jawatan yg kita ada sekarang….sekali tuhan tarik….kita sama aje….renungkanlah!!!!! wahai BOS-BOS!!!!!

P/s : sayangilah Bos-Bos anda yer

Blog Update

Assalamualaikum semua…..

ermm lame aku tak tulis dalam blog ni..maklumla sejak mak aku kene operations mata kat Hospital Batu Pahat pada 21/1 aritu,terpaksa bercuti selama seminggu..ulang -alik dari rumah ke hospital..walaupun penat,aku tak kisah..sebab aku kene jaga mak aku..time ni la aku nak balas jasa-jasa mak aku selama ni..semoga mak cepat sembuh…Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar,Alhamdulillah semuanya bertambah baik.Ok la jika ada masa aku update lagi blog ni.

sekian,wassalam..

Setahun Sudah Berlalu…

Assalamualaikum….

Diam Tak Diam dah genap setahun blog aku ni..jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi beri komen dan tak lupa juga cadangan untuk blog aku yang tak seberapa ni.

Menjelang Tahun Baru 2009

Assalamualaikum semua…

Diam tak diam tinggal lagi 8 hari jer untu melangkah ke tahun 2009…Dalam minggu ni aku terlalu sibuk degna kerja..adehh..sampai demam pun kene keje jugak ,,,hahahaha..Nasib baik la tak teruk sangat.

APA MAKNA GULA-GULA H.A.C.K.S..??

Apa makna gula-gula HACKS??

Maknanye ialah HANYA AKU CINTA KAU SEORANG…

H- HANYA KAU YANG AKU CINTA

A- ANTARA AKU DAN KAU

C- CINTA ANTARA KITA TAK DAPAT DIPISAHKAN

K- KEIKHLASAN HATIMU AKAN MENJADI

S- SEINDAH YANG KITA IMPIKAN…

Ombak Cinta

Nun jauh ku renung
Pada yang ku rindu
Di awan yang berombak ku seru namamu

Di subuh ku menanti…kesabaran di sisi
Bergerak langkah ku ketepian
Agar jelas nyanyian ombak ….berlagu cinta
Kesampaian kah kelohan ku

Tinggi rendah ia memecah
Rentak jiwa ini …merintasi…senantiasa
Serpihan batu batu…dari hentaman ombak
Terukir bagai kata kata …aku dalam kegelisahan
Menanti kepulangan mu

Jiwa ku kini …
Bagai dalam kekosongan …
Ombak ombak cinta kian mendalam
Sejak bicara kita terbengkalai.…
Pemergian mu tanpa rela ku….

Adakah itu mahu mu?
Nyatakan segera…kerana
Ombak ombak cinta ini melemah kan tenaga zahir ku
Ku amat rindukan … bicara mu
Sesekali kau susuli lah diri ini…

Dengan sinar suria mencelah di awan
Ku dambakan kehadiran mu
Usah lah kau menyepi
Di segerakan kesukaran itu berlalu
Itu lah doaku untok mu
Kerna mu…ku senantiasa dahaga …
akan keindahan….nyata dan baqa’
Ingin ku bersama mu…
Meneliti…mengharungi…merenungi …merasai…
Ingin teramat…. ingin sesangat…
ombakan airmata…bagai arus
ingin benar….membasahi kekeringan hati… terkini

Namun bisa kah ombak ombak itu membadai hati mu…
meluangkan .. menjadi kenyataan….

Sayang Buatmu Seorang

sayang…
ku ingin pulang
ku ingin mendakap
ku ingin kau tahu
kaulah segalanya bagiku…..

sayang…
dunia ini memang fana
insan pula selalu terlupa
marilah sama bertahan
dengan semua cubaan
dengan segala anggapan
yang kekadang begitu kejam….

sayang…
kalau lah boleh kau mengapai bintang
kubiarkan kau ketawa riang
kalau lah boleh kau renang ke dasar lautan
kubiarkan kau lupa akan penderitaan….

sayang…
diriku tak sekuat mana
mungkin esok ku sampai ke sana
sebelum aku menutup mata
doa dan restuku hingga ke syurga….
kuberikan apa yang terdaya
walau tak sempurna yang di rasa
ku ajari apa yg ku tahu
agar hidupmu lebih baik dariku….

sayang…
kalau lah harta jadi ukuran
biarlah kita sedikit kurang
kalau boleh jadi pilihan
biarlah kau jadi insan beriman….

sayang…
ku tahu kau menanti
tapi ku mahu kau mengerti
ku tahu kau merindu
untuk bermanja denganku….

sayang….
kau kesayanganku
kau pengarang jantungku
kau permataku
tawamu… penghibur hatiku….

sayang…
aku akan pulang
hanya untuk mu… sayangku seorang.

SeNyuMaNMu..

Berdetik hatiku tika
senyuman penuh bermakna itu
kau hadiahkan buat diri
yang menumpang setitik kasih
di sudut hatimu ….

Senyuman yang penuh makna itu
bagai memberikan aku
sebuah semangat baru
bagi aku meneruskan
perjalanan hidupku ini
yang seakan hilang arah
kesan dari cinta yang lalu

Dengan penuh keikhlasan
kau lemparkan senyuman itu
ianya bagaikan madu dan racun
yang akhirnya aku menjadi mangsa
kepada sebuah senyuman
yang penuh dengan tanda tanya

Kini tiada lagi senyuman itu
kau telah pergi jauh dari hidupku
namun senyuman mu tetap
akan ku kenang
dan mungkinkah akan aku temui
senyuman yang seindah itu
yang datang hanya darimu….

kenapa….?dulu dan sekarang

kenapa bila kita bertemu dulu,
aku yang diam dan kau yang bercakap?
sebab aku malu padamu….

kenapa bila kita bercakap dulu,
pasti aku yang akhirnya membisu?
sebab aku ingin kau tahu aku akan sentiasa memenangi dirimu…

kenapa bila kita bergaduh dulu,
pasti aku yang akhirnya mengalah?
sebab aku begitu menyayangimu….

kenapa bila kita berjalan dulu,
aku yang ada di belakang dirimu?
sebab aku begitu takut kau hilang dari pandanganku…

kenapa bila kita berbual dalam tepon dulu,
aku akan suruh kau letak dulu?
sebab aku ingin pastikan kau selamat di situ…

kenapa bila aku luahkan cinta padamu dulu,
kau pula yang diam?
sebab kau tak sangka aku suka padamu….

kenapa bila aku ucap kata cinta padamu dulu,
kau pula yang membisu?
sebab kau sedang mengawal rasa gembiramu…

kenapa bila kita bertemu sekarang,
aku yang bercakap dan kau terdiam?
sebab kau begitu ingin mendengar suaraku selamanya…

kenapa bila kita bercakap sekarang
kita akan sama-sama terbisu?
sebab kita tak perlu lagi bercakap untuk nyatakan rasa cinta di hati…

kenapa bila kita bergaduh sekarang,
kita sama-sama minta maaf?
sebab kau dan aku tahu kita saling memahami dan bertolak ansur….

kenapa bila berjalan sekarang,
kau dan aku seiring sejalan?
sebab kita saling memerlukan….

kenapa bila berbual dalam tepon sekarang,
kita gilir-gilir amik turn letak tepon dulu?
sebab kau ingin aku selamat seperti juga dirimu….

kenapa bila aku luahkan cinta padamu sekarang,
kau tersenyum padaku,
sebab kau bahagia ada di sampingku…

kenapa bila aku ucap kata cinta padamu sekarang,
kau juga ucap yang sama padaku?
sebab kau tahu aku cinta padamu dan kau juga cinta padaku….

P/s : untuk mu sayang ..I Love U so much

Terima kasih Kepada Semua

Assalamualaikum..

Jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi melawat blog yg tak seberapa ni..Insya Allah tak lama lagi banyak info-info It yang akan muncul…Thanks for support :)

kenapa….?dulu dan sekarang

kenapa bila kita bertemu dulu,
aku yang diam dan kau yang bercakap?
sebab aku malu padamu….

kenapa bila kita bercakap dulu,
pasti aku yang akhirnya membisu?
sebab aku ingin kau tahu aku akan sentiasa memenangi dirimu…

kenapa bila kita bergaduh dulu,
pasti aku yang akhirnya mengalah?
sebab aku begitu menyayangimu….

kenapa bila kita berjalan dulu,
aku yang ada di belakang dirimu?
sebab aku begitu takut kau hilang dari pandanganku…

kenapa bila kita berbual dalam tepon dulu,
aku akan suruh kau letak dulu?
sebab aku ingin pastikan kau selamat di situ…

kenapa bila aku luahkan cinta padamu dulu,
kau pula yang diam?
sebab kau tak sangka aku suka padamu….

kenapa bila aku ucap kata cinta padamu dulu,
kau pula yang membisu?
sebab kau sedang mengawal rasa gembiramu…

kenapa bila kita bertemu sekarang,
aku yang bercakap dan kau terdiam?
sebab kau begitu ingin mendengar suaraku selamanya…

kenapa bila kita bercakap sekarang
kita akan sama-sama terbisu?
sebab kita tak perlu lagi bercakap untuk nyatakan rasa cinta di hati…

kenapa bila kita bergaduh sekarang,
kita sama-sama minta maaf?
sebab kau dan aku tahu kita saling memahami dan bertolak ansur….

kenapa bila berjalan sekarang,
kau dan aku seiring sejalan?
sebab kita saling memerlukan….

kenapa bila berbual dalam tepon sekarang,
kita gilir-gilir amik turn letak tepon dulu?
sebab kau ingin aku selamat seperti juga dirimu….

kenapa bila aku luahkan cinta padamu sekarang,
kau tersenyum padaku,
sebab kau bahagia ada di sampingku…

kenapa bila aku ucap kata cinta padamu sekarang,

kau juga ucap yang sama padaku?

sebab kau tahu aku cinta padamu dan kau juga cinta padaku….

Blog di update lagi

Assalamualaikum…tq kepada semua kawan-kawan yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni,rajin-rajin la bagi komen yer :)

Kembali bekerja

Assalamualaikum…..setelah puas bercuti sepanjang hari raya ni..kini aku kembali bekerja…arini wat rekod lak..masuk paling awal..kekekekke..mudah-mudahan rezeki semakin bertambah kali ni..amin

Tak Sihat la pulak….

Hari ni merupakan hari terakhir aku kerja…hehehee maklumlah tak sabar nak cuti hari raya ni…hmm tp aku tak sihat lak…nak tak nak kene jugak pergi keje…kalau ponteng ,ape lak kate boss aku nanti..mudah-mudahan aku dah sembuh raya ni…

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami.
Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk
puisi dan syair lagi.
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia
boleh dirasai dalam hati.

Pantun Seloka Raya

Kelantan…
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan…
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak…
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang…
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis…
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Keje..Keje..Keje….

Adoiii baru jer sempat on blog ni..hahahahah…bz betul arini..perghhhh..maklum lah dah nak raya kan..hahah aku lak terkial-kial kene siapkan keje…hmm..sambil wat blog ni..aku dengar jgk la lagu lagu raya…huhuhu..teringat lagu raya lama lagi best…lebih-lebih lagi lagu dari Sudirman,P Ramlee,Saloma dan yang lain-lain…pejam celik sekejap jer bulan ramadahan akan meninggalkan kita,syawal pula menjelma…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.