Anda tahu apa itu tulisan Jawi ? Anda pandai membaca tulisan Jawi ? Anda pandai menulis tulisan Jawi ? Beberapa hari yang lepas seorang pengguna komputer di tempat kerja saya bertanya mengenai software tulisan Jawi.
Soalan beliau .”Ada tak software tulisan jawi ? “.Jawapan saya pada ketika itu tiada dalam simpanan saya.
Dalam hati saya terdetik persoalan berapa ramai agaknya orang Melayu yang pandai menulis dan membaca tulisan jawi.Saya sendiri pun sekadar “merangkak-rangkak” menggunakan tulisan jawi.Kalau dulu boleh dikatakan kemestian dalam menguasai jawi dari segi tulisan dan bacaan.Orang tua dahulu walaupun tidak sekolah masih pandai menulis dan membaca jawi.Kita pulak walaupun mempunyai ijazah sekali pun belum tentu pandai menulis dan membaca tulisan jawi.Untuk memuaskan hati saudara tersebut , saya mula mencari di enjin carian.Dari satu website ke satu website akhirnya saya menemui software percuma yang boleh digunakan untuk menulis dalam tulisan jawi menggunakan Micorsof Office Word.Secara tidak langsung saya sendiri tertarik untuk menguasai jawi dengan adanya software ini.Untuk lebih senang menggunakan software ini anda mesti menggunakan keyboard yang ada tulisan jawi.
Jika berminat untuk mencuba perisian ini anda boleh download secara percuma di sini
Software ini disertakan sekali dengan manual untuk menggunakannya
1 Comment(s)
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment





Studio Inspirasi



TERIMA KASIH INFO YANG DIBERI MEGENAI SOFTWARE TULISAN JAWI.
KITA NAMA SAJE MELAYU, MERANGKAK BACA, TULISAN MELAYU JAWI.
KITA TIDAK MACAM BANGSA LAIN / PENDATANG, YANG KUAT PEGANG
PADA SENI DAN BUDAYA MEREKA.
RASANYA ELOK SETIAP BLOG ATAU WEBSITES BANGSA MELAYU ADA
SOFTWARE SEPERTI INI, JADI BANGSA MELAYU DIMANA SAHAJA DAPAT
BELAJAR TULIS, BACA TULISAN JAWI. jADI BUKU MELAYU JAWI TIDAK HILANG
ATAU TERBIAR BEGITU SAHAJA.
TUAH SUDAH TIADA, LT. ADNAN TELAH GUGUR, TULISAN MELAYU JAWI
JANGAN TERKUBUR.